Search This Blog

Thursday 1 December 2011

Bahasa Melayu Kuno

Mahasa Melayu merupakan salah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga Austronesia . Bilangan penutur asalnya sederhana , iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu , kepulauan Riau dan di Sumatera . Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca ( bahasa perantaraan ) daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman . Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang seperti pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat , dan pengembara-pengembara dari India dan China .
Seperti yang disebutkan sebelum ini , sejarah awal kepulauan Melayu agak kabur . Tidak banyak diketahui tentang masyarakat dan bahasa orang Austronesia yang datang menduduki daerah ini . bahan-bahan seharah menceritakan kemunculan beberapa kerajaan penting , terutama kerajaan-kerajaan Hindu , sejak dari abad pertama tahun Masihi . Oleh sebab pengaruh dari India , tertamanya agama hindu , maka bahasa Sanskrit , iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan digunakan dengan luasnya .
Sumber : Tatabahasa Dewan , Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur 2004

No comments:

Post a Comment