Search This Blog

Tuesday 6 December 2011

Nilai-Nilai Murni ( Penulisan Bahasa Melayu Bahagian C )

Bil
Nilai
Keterangan
1
Baik Hati
Belas kasihan – bersimpati terhadap kesusahan orang lain
Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
Murah hati – memberi bantuan secara iklas
Saling memahami – sanggup menerima dan memberi pandangan
Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan memaafkan
2
Berdikari
Berupaya bertindak sendiri – melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain
Yakin pada diri – percaya kepada kebolehan diri sendiri
3
Berhemah Tinggi
Kesopanan –berbudi bahasa  dan beradab
Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku kesilapan dan menerima  
                                                      nasihat
Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang
4
Hormat
Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga – patuh
Hormat kepada ahli keluarga yang lebih tua,guru , rakan , jiran
Hormat kepada kerajaan dan Negara  - menerima dan hormat kepada
                                                                      pemimpin
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum
Patuh kepada undang-undang
5
Kasih Sayang
Sayang diri sendiri dan orang lain – kelaurga ,guru ,rakan , jiran
Sayang alam sekitar ,tumbuhan dan haiwan
6
Keadilan
Adil – membuat pertimbangan dan keputusan yang positif
Saksama – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan
7
Keberanian
Berani mencuba – berani melakukan sesuatu yang baru dan mencuba
Berani kerana benar – berani mempertahankan sesuatu yang diakui
                                          kebenaranya dengan menunjukkan bukti .
8
Menjaga Kebersihan
Kebersihan diri – menjaga kebersihan anggota badan untuk sihat
Kebersihan persekitaran – memeliharan alam sekitar agar tidak kotor
Kebersihan mental – pertuturan dan perlakuan yang terpuji
9
Kejujuran
Amanah – bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas
Bercakap benar – menyatakan sesuatu yang benar dan tidak berbohong
Ikhlas – melakukan sesuatu dengan hati yang suci
10
Kerajinan
Daya usaha – berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu
Dedikasi – berminat dan rela berkorban masa untuk sesuatu berfaedah
11
Kerjasama
Gotong-royong – melakukan sesuatu secara bersama dan sukarela
Toleransi – bertolak ansur
Perpaduan – bersefahaman dan bekerjasama
12
Berjimat Cermat
Tidak membazir – menggunakan wang mengikut keperluan
Sentiasa menghargai barangan yang lama yang masih boleh digunakan
Tidak membuang makan sesuka hati
13
Bersopan Santun
Pertuturan dan pelakuan – pertuturan dan pelakuan yang tidak melampaui
                                           batas serta tidak menyinggung perasaan orang lain
Tidak gelojoh ketika makan dan minum
14
Bersyukur
Berterima kasih – melahirkan perasaan terima kasih untuk menunjukkan
                                 penghargaan kepada sesuatu yang dimiliki , jasa ,
                                 sumbangan atau pemberian
15
Rasional
Membuat pertimbangan – berupaya membezakan antara perkara yang
                                               baik   atau buruk dalam membuat keputusan
16
Patriotik
Cintakan Negara – bangga dsan taat setia serta berusaha menjaga maruah
                                  negara

Thursday 1 December 2011

Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka

Zaman yang penting bagi bahasa Melayu ialah zaman kerajaan Melaka , iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu . Keagungan kerajaan Melayu Melaka cukup jelas tergambar dalam Sejarah Melayu , satu-satunya magnum opus yang mengharumkan serta meletakkan imej bahasa Melayu ke mercu yang amat tinggi . Zaman ini bermula pada abad ketiga belas yang merupakan zaman peralihan bagi daerah Asia Tenggara secara keseluruhannya . Pada masa itu agama Islam mula bertapak , serentak dengan kebangkitan kuasa kerajaan Melayu Melaka . Percantuman dua semangat baharu membawa erti yang besar bagi masyarakat wilayah ini . Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam , satu agama yang tinggi darjah kebudayaannya .
Kerajaan Melayu Melaka telah tewaske tangan Portugis dalam tahun 1511 . Tetapi ini tidak bererti hilangnya pengaruh bahasa Melayu , kerana walaupun orang-orang Eropah makin menguasai daerah kepulauan Melayu , kedudukan bahasa Melayu tetap kekal .
Satu bukti tentang tingginya martabat bahasa Melayu dan luas penggunaannya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di kepulauan Melayu . Contohnya ialah surat Sultan Aceh kepada kapitan Inggeris , James Lancester , dalam tahun 1601 , surat Sultan Alaudin Shah dari Aceh kepada Harry Middleton (kira-kira 1602 ) dan surat Sultan Aceh kepada raja Inggeris ,King James ( 1612 ) . Ketiga-tiga surat ini ada tersimpan di perpustakaan Bodleian , London
Sumber : Tatabahasa Dewan , Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur

Bahasa Melayu Kuno

Mahasa Melayu merupakan salah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga Austronesia . Bilangan penutur asalnya sederhana , iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu , kepulauan Riau dan di Sumatera . Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca ( bahasa perantaraan ) daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman . Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang seperti pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat , dan pengembara-pengembara dari India dan China .
Seperti yang disebutkan sebelum ini , sejarah awal kepulauan Melayu agak kabur . Tidak banyak diketahui tentang masyarakat dan bahasa orang Austronesia yang datang menduduki daerah ini . bahan-bahan seharah menceritakan kemunculan beberapa kerajaan penting , terutama kerajaan-kerajaan Hindu , sejak dari abad pertama tahun Masihi . Oleh sebab pengaruh dari India , tertamanya agama hindu , maka bahasa Sanskrit , iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan digunakan dengan luasnya .
Sumber : Tatabahasa Dewan , Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur 2004

Sejarah Ringkas Bahasa Melayu

Asal usul orang-orang Melayu , iaitu penutur asli bahasa Melayu , amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidik dengan mendalam . Walau bagaimanapun , kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan orang-orang Melayu .Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal dari dilongan manusia yang diberi nama Austronesia . Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun , dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki daerah Asia Tenggara .
Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik , maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing . Walau bagaimanapun , antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaan .